January 11, 2016

School Days Already Passed




Bila ingat zaman sekolah, memang rasa tak pernah menyesal. Duduk asrama, outing keluar bandar, fly? tak pernah buat sebab budak baik. Hehe.

Ape kenangan korang duduk asrama? Aku punya kenangan yg boleh ingat ade sikit la..

1. Kau xperlu pikir nak susah payah cari duit. Duit datang kat kau. Kerajaan pn kasi duit tok tanggung kau belajar.

2. Makan pakai tersedia. Lagi pulak katil tempat kau tido. Kau tinggal kene tegangkan cadar je. Tu pn kalau penyelia asrama rajin cek. Kantoi kau malas kemas, kene bukak je cadar kau. Haha

3. Bangun tido, beratur cop bilik air. Pergh, ni aku rasa xbest mana. Tapi kalau ingat balik, kau cop turn pakai baldi. Bersusun. Kalau org yang dah mandi keluar, kau kira dlm hati sampai 5, xsampai org yg cop turn depan baldi kau, kau potong queue. Heaven. Haha. Kalau turn senior, cuak sikit. Jadi rajin2 cam baldi senior :p

4. Seluar, spender, bra. Habis kene songlap. Bila kau cek2 rupenye2 roomate kau kaki songlap. Choii. Seluar hilang kat ampaian, kau bertindak curik balik seluar org.

5. Aku kene buli dengan senior. Pergh. Punye pemalas senior. Nk sidai baju pon suruh aku. Padahal kau turun tangga yg sama, singgah p ampaian pon pemalas. Yg bodohnya aku. Apesal aku jadi pak turut. Nasib baik ade kawan yg menyedarkan aku. Lepas tu, xkuasa mak nk tlg sidaikan. Aku biar je kat katil kau tu.

6. Ngigau @ Jalu. Ni aku. Mmg trademark. Kalau xjalu memang bukan Leha. Jalu tu ape mende? Maksudnya, perbuatan kau berjalan sambil tido. Kau tak sedar sepenuhnya pun. Kalau org suruh kau lari pun kau buat. Haha. Kira tindakan separa sedar (*nanges). Aku jalu time demam je. Membe yg beria malas nk pergi prep, tlg jagakan. Bila kene aku jalu. Semua pakat xnak temankan aku dah. Ponteng prep nak. Jg ak xnak. Haha

7. Kisah hantu. Tak pernah takde cter hantu la. Bila time kau nak terkencing tengah malam. Time tu la kecut perut kau dtg. Mana tau hantu ikut kau masuk keluar jamban. Kah kah kah. Hantu karipap la. Pontianak la. Eh mcm2 jenis hantu la. Yg paling best. Dah tahu takut cter hantu, kau pergi tunggu rancangan radio pukul 12, pasal cter hantu. THR GEGAR. Kalau xsilap aku la.

8. Kene sebat dengan Warden. SEBAB? Sepatutnya kau outing pergi bandar, tapi kau balik rumah. 1st time buat, terus kantoi. Nmpk sangat aku xboleh buat jahat time sekolah.

9. Bising time prep. Kau kene denda jalan itik. Bukan takut, tapi lawak. Mengitik beramai2. Haha.

10. Derma darah. Aku belajar nk jadi dermawan. 1st time derma darah, aku pengsan. Sebab? Terlupa nak sarapan. Dpt turn pukul 12. Lepas kene sedut darah. Terus pitam. Sedar2, nurse angkat aku. Dlm hati, boleh ke.drg angkat aku. Kene bagi air gula. Dah mcm org mengandung. Manis gila. Haha. 2nd time derma, ak belajar dr pengalaman. Makan kenyang2 dulu. So, no more pengsan2. Hehe.

11. Sidai baju mlm2. Kau rasa ade yg memerhati. Lepas sidai, kau pecut2 laju2 pergi balik bilik. Kau ingat kau selamat. Selamat sebenarnya. Haha. Org kata, kalau kite rasa ade mende yg memerhati kite. Mende tu mmg wujud. Lagi pulak kalau meremang bulu roma. Mmg sah kehadiran entiti tersebut.

12. Balik kg. Berjemaah naik bas. Aku xsuka naik bas lompat2. Aku cepat mabuk. Jadinya, bas express jadi pilihan aku. Tapi kawan aku kata aku org kaya. Choi. Kau nk tangkap muntah aku ke. Hehehe. Sampai pontian, kau sedar kau tak cukup duit nak naik teksi. Kau pesan adik kau suruh tunggu kt pekan dengan bwk duit sekali. Kau pesan jgk, kene sampai dulu sblm teksi sampai. Sekali, teksi aku sampai dulu. Terpaksa kasi alasan kt taxi driver duit kau hilang. T_T. Cter nak sedih. Haha.

13. Masa kt U, pergi Terminal One Seremban. Mesti singgah beli komik Sinchan. Wajib. Tah ape best kartun biadap tu. Ces. Buat habis duit. Tp tetap nak beli. Kerana komik sinchan jgk, hp aku tertinggal kat kedai. Makanya, kene songlap la. Wpun henset murah je.

14. Nasi Lemak makcik idung. Eh xsilap la. Memang best. Sarapan yang ditunggu2. Rasa down gila kalau terlepas sarapan nasi lemak. Tapi tak pernahla tudung putih sekolah xkene sambal. Aku pun pelik. Kalau bukan sebab diri sendiri. Mesti dtgnya dr kawan kau ke, ade sambal tertinggal kt meja ke. Janji mmg kene la. Stress mak.

Bila ingat2 balik, zaman sekolah adalah zaman yang paling tak boleh dilupakan. Dan kalau boleh, kau nak sekolah sepanjang hidup. Dimana hidup kau ditanggung sepenuhnya. Kau tak yah kerja cari duit. Kau takyah nak cari alasan kenapa org ckp kau kawen lambat. Kalau dulu kau takut membayangkan apa akan jadi masa umor kau 20am, skrg dah masuk 30an. Kena hadapi segala cabaran yang datang.



Hado lagi. Korang hado???