December 16, 2014

Geng Gugerlz Kawin Kawin!



Kita kasi entry ni simple je la.


Gegurlz 1 : Iylia & Nizar

Tarikh : 14/09/2014   Lokasi : Rawang, Selangor


Nikah


Berarak


Sanding :) Mai kenapa masam?? Hehehe

Gegurlz 2 : Nolly & Akbar

Tarikh : 11/10/2014   Lokasi : Penerok, Pontian, Johor


Nikah


Sanding. Geng gegurlz nempel :p


Tak cukup sorang,,pengantin baru Iylia tak dapat datang 



Gegurlz 3 : Chicky @ Jemah & Reza

Tarikh: 29/11/2014   Lokasi : Seri Bunian, Pontian, Johor


Ade kuda kepang malam berinai. Special! Jawa sejati :)


Kite jadi pengepit u'olzzz..


Posing dulu 


Wak doyok ????  Nampak tak kekepohan jemah. Tengah sanding pun mulut tak nak tutup. Hahahaha. Baru ku tau kenapa ko masam Mai. Aku pun masam juge. Hehe


Pun tak cukup korum..huhu

Selamat pengantin baru korangzzz semua. Semoga ikatan yang dibina dirahmati & kekal sampai ke syurga hendaknya, In shaa Allah. 

Nak tunggu junior gugerlz ni. Sape dapat dulu . Hehehe

IKHLAS kerana ALLAH

1/12/14 aku diuji

Aku duk sondol kereta orang di Ayer Keroh, Melaka

Dalam perjalanan balik dari hantar anak sedara masuk kolej kat KUIM

Allah...duk leka dalam jam, tak sedar tertekan minyak

DUMMM! Aku tengok depan aku dah langgar kereta org

Mujur takde kecederaan kat sesapa

Cuma kereta aku je lah yang herot berot bumpernye




Syukur Alhamdulillah, tak cedera

Lepas pakat-pakat dengan mangsa (mangsa la kan...hehe)..aku cuma perlu bayar kos baik pulih kereta dia je

Dia orang Temerloh, aku pulak dari Johor masing-masing nak balik haluan memasing.

Masing-masing tak tau berapa kos baik repair keta ni

"Takpo lah pakcik, pakcik balik hantar kereta p bengkel, nanti Whatsapp saya gambar bil saya bank in", aku decide mcm tu

"Ha macam tu saya setuju", kata pakcik tu

Lepas tu aku salam isteri pakcik tu, aku mintak maap, tak sengaja. Dia peluk aku. Waaah, baiknye makcik, walaupun mula-mula makcik macam nak marah saya (dlm hari je la). 

Macam tau-tau je kan awal bulan, huaaaaaa

Dah salah sendirikan, leka lagi. T.T

Nak jadikan cerita, bulan 12 ni memang banyak la kos itu ini kene bayar, kene bayar bil keta orang lagi, eh macam2 la..

Aku cuma bersyukur Allah masih sayang aku, disebalik banyak dosa dan salah silap yang aku lakukan

Kami 5 beranak tidak cedera walaupun kereta berot

Kami tersesat nak carik jalan keluar dari Ayer Keroh

Aku memang fail bab jalan tak familiar ni

Bukan tak nak ikot GPS, tapi bateri henpon 0%. Power bank pon dah xde power. Charger dlm keta rosak. Haa..dugaan tak? Huhu. Memang tawakkal je la. Dekat pukul 745 mlm baru jumpe Exit Ayer Keroh. Dari pukul 630 ptg mcm tulah.

Sesungguhnya ada HIKMAH disebalik kejadian ni

Kenapa aku cakap ade hikmah disebalik kejadian ni?

Mula-mula macam tak perasan sangat

Tapi....

1) Ade orang belanja lunch 3 kali (ada sekali aku nk bayar lunch (sblm makan la), mkcik ni tgk duit aku besar sgt, dia ckp awak makan dulu, aku ckp dgn mkcik tu, takpe sama je makcik, dia ckp xpe mkn dulu. Rupa2nya ada org bayarkan kami semeja)

2) Orang belanja breakfast 2 kali, Alhamdulillah

3) 2 kali kene tahan dengan polis sebab takde no plat kereta. Aku bagitau "Encik! saya baru lepas langgar keta orang". Polis tu cuma cakap "nanti pasang, kalau tak pasang itu satu kesalahan". Ye Encik saya pun tahu. Huhu. 

Disebalik yang berlaku ade hikmahnya

Walaupun dalam bank rase mcam tinggal beberapa keping daun je

Tapi Allah tak bagi aku rasa tersepit atau susah

Allahuakbar, terima kasih ya Allah

Aku yakin, setiap perkara yang kita lakukan dengan niat IKHLAS kerana Allah

Walaupun kita susah mase kita tolong orang, aku yakin Allah akan lapangkan kesusahan kita

Ni aku dah rasa, lapangkan dada kita masa kita tolong orang, In shaa Allah ade orang yang akan lapangkan kita masa kita kesusahan, In shaa Allah

Pertolongan Allah itu pasti :)

P/S : Sampai sekarang kerata aku tu tak hantar bengkel pun lagi. Sebab tak amek cuti. Takpe motor ade, wekang p keja. Huhu. Mujur tempat kerja dekat :p