February 23, 2018

2016 : BERTUNANG


 30.07.2016 

Majlis merisik dan bertunang berlangsung.
Majlis simple je.
Awalnya tak nak buat majlis pun..sendiri plan..haha
Tapiiii..kau ingat kau duduk dalam hutan ke Leha? Haha
Akhirnya, buat jugak la majlis kecik2 jemput saudara mara & kawan2 terdekat.

Kenapa pilih 30.07.2016
Sebab kebetulan jatuh pada hari Sabtu (kitorang cuti Sabtu, jadi sesuai sgtla buat hari Sabtu)
Dan..30.07 adalah besday aku :)
Acah2 sweet la konon bertunang masa besday kan. Kahkahkah

Yang poyo nya, cincin dah beli lama dah (awal tahun tak silap)
Mulanya plan bulan 3 nak bertunang. Tapi tah kenapa, masa tu bincang sendiri2 je, tak buat pape pon.
Kira kisah tu berlalu..mcm drive thru jela..haha
Last2 bulan 7 jugak yang jadinya.
Ingatkan aku sorang je senyap2 bertunang time ni, rupa2nya ada lagi sorang kawan satu ofis bertunang jgk. haha
Baru la tahu, rupa2nya kami share tarikh lahir yang sama
Cuwit tak?? Sila muntah kahak. Kahkah.

Kita kasi terobek la gambar2 masa tunang.
Masa ni rasa cam comot je muka.
Sebab aku xpanggil pun MUA tok mekapkan aku (konon nk tepek bedak je la. Aku ni bukan beria sgt bab solek2 ni..haha)
Tapi, tepek jugakla sikit mintak tlg kawan aku tepek sikit mekap kt muka ni haa..haha
Akak & akak ipar aku marah. Kate kene la solek sikit. LOL


Aku, Dia & Bakal Mak Mentua (masa tu la..haha). Mohon boleh pakai semula baju tunang ni ;'(

Aku & Besties :)




2015 : KENAL & BERCINTA

Nak dijadikan cerita, tahun 2015 adalah titik permulaan perubahan yang manis dalam hidup aku
Orang puteh kata, my life totally changed in 2015.

Bermula dengan aku ditukarkan ke projek baru di Pengerang, Johor.
Kat sini la bermulanya bibit percintaan dengan laki aku (geliiii..hahaha)

Kawan aku pernah cakap,
"Leha kau pindah la kerja, mana tau jumpa jodoh"
Masin mulut dia..betul2 jumpa jodoh kat Pengerang..Alhamdulillah.

Kitorang satu projek, satu ofis, tapi ktrg tak pernah berbual.
Orangnya kecik..memang sgtla kontra dengan aku yang bersaiz besar ni ha
Memang tak sangka la, rupanya dia la jodoh aku

Dia selalu masuk ofis aku, aku ingat dia dtg nak amek kertas yg dia print (ofis aku je ade mesin photostat & printer)
Rupa2nya dia dok usya..duk kerling2 mata..kahkahkah..perasaan betol. LOL.

Dari tak pernah berbual, jadi boleh berbual
Dari tak minat, jadi LAKI dah. 

Tu lah, jodoh namanya.
Kau tak suka pon, dia jadi dekat.
Kau benci pon, jadi rapat..tapi aku tak benci pon laki aku sblm kenal dia..hehe

Time ni la, aku dah lupakan blog aku ni..
Dah busy..busy bercinta..
Hidup dah tak lonely...kahkahkah
Dulu kau duk ngadu dgn best fren kau...duk lepas perasaan taip cter dlm blog.
Kemudian, kau baca sendiri..kahkahkah
Tp da de pakwe, kawan pon lupa..blog pon kau lupa..ish ish ish

Disebabkan ktrg satu ofis, ktrg xsuka la menunjuk yg ktrg ni becinta.
Mmg xramai tau..ktrg pandai cover..profesional konon..kihkih

Tapi, akhirnya aku sendiri yang pecah rahsia..LOL
Aku xboleh blah, kawan aku duk kenenkan aku dgn sorg lagi ofismate aku..aka..roomate pakwe aku..
Kawan aku - kawan yang dikenenkan & pakwe aku (adalah Housemate)
Kawan yang dikenenkan & pakwe aku (adalah Roomate..konflik tak,,kihkih)

Tapi..bila da tau cter sebenar
Dah tak kene kenenkan lagi la..hahah
Dah tak perlu g dating semunyik2..kahkahkah
Dulu, masa tak nak orang tau, naik turun krete jauh2..kahkah
turunkan belakang rumah..kahkahkah
Desaru ke Kota Tinggi pun rasa dekat (it takes 40 mins)..
Banyak sangat kahkahkah aku ni..haha

Masa bercinta
Semua rasa manis bersemut bergula
Eh, throwback plak ek
Hihi..skrg bukan tak manis..
terlebih manis cam madu
tapi biasalakan..hidup berumah tangga
ade naik, ada turunnya
kena la sabar dan bertolak ansur...hehe

Kite throwback gambar masa bercinta..LOL

Kantoi g makan dengan Ehsan..yang jadi paparazi Azril..haha..

G dating kt Danga Bay..kahkah..lawak tgk gambar lama..hihi
Semangat Terengganu kuat nau dia ni..aku pn disuruh amek gmbr kt patung negeri dia..ish ish..
Cukupla citer zaman bercinta
Manisan yang lain semat sebagai ingatan
Kepahitan jadikan kenangan

Perjalanan Hidup yang Manis

2017 adalah tahun yang manis-manis

Bagi aku 2017 adalah tahun yang banyaknya berlaku perubahan manis dalam hidup aku.

Bermula dengan :

Kawin - 04.02.2017 (kawen jugak ek...ingatkan ssh na nak kawen..sbb belum jumpa jodoh..dulu la)
Pregnant (haa..pantas je..haha. Allah nk bagi rezeki awal..Alhamdulillah)
Bersalin - 13.12.2017 (keluarlah si Awish omey omey)
Beli rumah sendiri (Alhamdulillah)

Semua ni rezeki yang tak terduga dan tak terancang yang Allah bagi.
Masa kerja dulu, tak pernah ade pakwe. Ingat dah takde jodoh la. haha
Eh, rupa2nya ade terselit kat RAPID pulak
Dulu-dulu tak terfikir nak beli rumah. Fikir mahal sangat nak beli rumah (pulak tu tak terfikir nk kawen,  tak dan nak beli rumah la kan..)

Haa..semua ni bakal aku cerita satu persatu.
Sebenarnya aku dah lupa pasal blog ni.
Dulu memang rajin tulis blog,pastu baca sendiri. haha

Tapi, memandangkan ade sorg kawan aku suka intai blog aku ni (you know who you are)
Aku pon korek2 email lama.
Tgk, guna email apa buat blog ni pon dah lupa. Haha.
Nampak sangat blog ini dilupakan.

Sejak bila?? Sejak becinta..kahkahkah

Okay, lepas ni aku cter satu2 dari zaman becinta sampai keluar seketul budak bernama
"Darwisy Anaqi bin Azman"

Dah ade anak pon.
Dulu tak terfikir pn nk kawen, tup2 keluar da budak baik tu sorang kan.
Cepat sangat masa berlalu.

Aku

Dia
dan Awish (eh mana gambar Awish??? takde dalam laptop, next time upload okay, hehe)