December 31, 2013

Sambal Cicah Ulam

Resepi Sambal Cicah Ulam

Bahan-bahan (agak-agak je sebenarnya) :

5 sudu Cili Boh atau lebih (Lada yang dah di blender tu)
2 biji Bawang putih
1sk Garam
Gula (secukupnya)
Ajinomoto (sikit je)
Air Asam (secukupnya)
Kacang (ditumbuk)
*belacan (dibakar dulu)
Pucuk Ubi (lain-lain ulam pun boleh)

*option, nk letak boleh, tak letak pun takpe

Cara-cara membuatnya :

1. Tumbuk bawang putih bersama garam
2. Masukkan ke dalam cili boh tadi
3. Masukkan air asam secukupnya dan kacau-kacau
4. Tambah ajinomoto & gula. Adjust rasa supaya tak masam sangat & tak manis sangat
5. Last sekali tambah kacang yang dah ditumbuk halus. Siap!!
6. Makan bersama pucuk ubi yang dah dicelur memang....wallllllaaaa! :)

Selamat Mencuba!

P/S : Maaf gambar tak ambik sebab tak bajet pun nak masuk blog. Tapi InsyaAllah next time kalau buat lagi, aku post picture. Letak resepi takde gambar memang tak seiringkan. Wajib ade. Hehe

Kalendar 2014


Bye Bye 2013. You'll be missed!

Macam biasa bila dah hujung tahun mesti tercari-cari kalendar untuk tahun depan. Tak terkecuali la aku kan. Misi mengepow kalendar selalunya aku mintak dari adik aku. Dia keje kat kilang K. Haha, bajet tak nak sebut. Adik aku cakap, "Yelah nanti aku bawak balik".

Suatu hari salah seorang Supervisor kat department aku bawak balik sebeban (mcm bnyk sgt je) kalendar dari sebuah batching plant. Wahh...ini sudah bagus.

"En.Zul saya nak satu. Saya takde kalendar lagi", ayat aku mengepow. Haha. Giler straight. Aku tak pandai mengampu ni. Aku kan pekerja berhemah. Ewah..haha..

Esoknya dapat jugak. Bagusnye la batching plant ni. Tiap-tiap tahun bagi. Tapi tahun lepas dia bagi pada Manager je la. Tapi tahun ni ade extra 3 lebih. Dapat la aku lepas mengayat dengan En.Zul. Hehe.

Kampeni aku memang bagi. Itu pun Company Diary je. Kalender takde. Kedek sungguh. Bagi pada staff HQ je pulak tu. Nampak tak 'bias' di situ. Tapi aku dah tak heran. Dah dekat 2 tahun aku keje kampeni tu. Polisi kampeni itu ini bla bla bla, malas nk citer lah. Borang tak puas hati dah isi. Tak semua yang di tunaikan tapi syukurlah sebab ade sikit perubahan berbanding mula-mula aku masuk keje dulu. Kalau tiba masa aku dapat kerja lain, aku pergi jua. Menyambung legasi kelab Ex-Mudajaya iaitu Chicky & Lyn. Buat apa nak complaint lelebih, tak puas hati blah jela kan. Banyak complaint, orang dengar pun bingit.

Harini 31st December 2013 iaitu terakhir dalam tahun 2013. Biasa New Year ni Public Holiday kan? Tapi sekali lagi Yahooooo! (nyampah), kampeni aku cam biasa, KERJA. Ngelat kan. Tapi takpe. Bila di imbas kembali apa yang aku dapat tahun 2013. Tak banyak perubahan dalam erti kata lain TIADA PERUBAHAN. PAKWE tak dapat (sebab tak cari), KERJA baru tak dapat (sebab tak cari), KURUS pun tak dapat (sebab tak berusaha). Hmm, kene tanam azam baru iaitu kene kuat berusaha. InsyaAllah.

Memang selalu positif je aku ni, tapi semua ke laut.




December 29, 2013

Politics..Bla bla bla..



Lagu : Malaysia Oh Tanah Airku

 Malaysia Oh Tanah Air Ku
Tanah Tempat Tumpah Darah Ku
Negeri Elok Amat Ku Cinta
Yang Ku Puja Sepanjang Masa

Sawahmu Terbentang Meluas
Tumbuh tumbuhan Hijau Merendang
Bukit Gunung Yang Berhias
Tak Jemu Mataku Memandang

Syukur Indah di Malaysia
Negeri Yang Kaya Raya
Tempat Pusat Beriadah
Terkenal di Seluruh Dunia

Malaysia Negeriku Malaysia
Pusaka Tinggalan Moyangku
Tetap Sentosa Hidup Merdeka
Malaysia Tanah Airku

Dulu aku seorang yang tak ambil pusing mengenai politik. Yang aku tau, aku salute kepimpinan Perdana Menteri Malaysia yang Ke-4, Tun Dr Mahathir Mohammad. A great leader (in a context of leading a country named Malaysia). He was known around the world. Jangan tanya aku "apesal plak di popular??". When you encountered another people from another country when you introduced yourself you were from Malaysia and they said "Mahathir!", and you know it, he was known by other people around the world. Tapi itu cerita..DULU..

Eh, aku bukan fanatic Mahathir, aku respect dia punya leadership..DULU, maybe banyak kelemahan, at least tiada penunjuk jalanan yang berani seperti zaman sekarang dek kelemahan pemimpinan pemimpin kita. Now, we know who our leaders are, sebab internet buka mata rakyat Malaysia. Rakyat malaysia tidak lagi bergantung hanya pada satu sumber. Nilai la sendiri. Jangan terikut-ikut. Aku takut Malaysia menjadi seperti Mesir & Syria. Rakyat ditindas oleh kerajaan. Islam saling berbunuh sesama Islam.
 Minta dijauhkan Ya Allah!

Kaum lain mentertawakan orang Melayu. Dia orang sibuk cari duit banyak, kita tak habis habis bincang politik.

OK Leha. Stop cerita pasal politik. Its enough.


December 24, 2013

Siapa "Sandra SIZA?"

Tiada kaitan dengan isi cerita..alolo omey omey ini budak :p


Memang tak pernah ade yang tanya. Tapi aku nak cerita jugak la. Asal usul nama Sandra SIZA tu.

Kenapa? Korang igt aku giler glemer ke? Ade gila ko igt nama tu glemer. Tak glemer langsung okay! Takde la mak bapak nak letak nama mcm tu. Rekaan semata-mata. Sekurang kurangnye nampak la jugak nama yg wise untuk anak, tak macam anak Kanya West & Kim Kardashian iaitu North West. Dlm bahasa melayu masksudnya 'Utara' 'Barat'. Takde nama lain ke artis ni nk letak? Tak kesian ke, anak dia kene ejek nanti? Ish ish..tau2 je la bdk seolah ni..suke sgt ejek nama bapak. Oh, mungkin kat US xde main ejek2 nama bapak. Hehe.

Ok, aku cter la sikit mcm mana wujud nama pelik nih :-

SANDRA = nama yang wujud mase tahun 2012. Ade kisah disebalik kewujudan nama ni.  Kat Facebook pun ade. Cer try add. Haha. Tapi akaun tu tak berapa nk aktifla sbb aku lupa password kot. Tekan tekan salah...Grrr..  Mase tu aku nk hide identiti konon. Pikir berbulan-bulan (tipu je) nama ape yang mula dengan huruf 'S' tapi dengar macam Cool kan..makanya Sandra la jadi pilihan
Tapi aku tak minat Sandra Bullock pon.

SIZA = singkatan nama penuh aku la SIti ZAleha. Dah letak depan Sandra takkan tak sedar diri kot..dah nama ala2 jawa..Leha. Aku sedar diri lagi ;)
(dulu kwn baik aku mase sekolah rendah namanya Bedah! Nampak tak jawanya tu)

Ok..itu je la yang aku nak story. Kot2 ade yang nak tau apesal si penulis muke jawa ni letak nama Sandra kan. Well, nama penuh aku Siti Zaleha binti Abdullah. Itu saja, Good Night! Buenas Noches!

Auto MALAS...

Simptom si pekerja yang memang pemalas! Automatik MALAS bila BOS takde a.k.a CoooooTiiii..hahaha

Bos teman balik INDIA..balik kg..alang2 blik jauh..mestila lamekan! Anak2 ikan kt dept ktrg ni dah mcm hilang mak...mcm mandur..haha..bosan kau! Tapi tak semua la. Mana yang kene pergi round site tu tak la macam mandur..yang kene tinggal kt ofis ni la mengalahkan BOS.

Bukan takde keje..ade je..sikit2 pun keje jugakkan..tapi tetap xboleh blah bosannya tu..yang peliknya bila bos masuk keje je..automatik banyak keje..giler belakon ko Leha!

Harini Alstom dah start cuti half day. Christmast Eve katekan. Tau2 je la Alstom ni ramai mat salleh dari Melayu/Cina or India. Yang heaven staff melayu dpt tumpang cuti jgk. Yg tak bertuahnye Muda tak berapa nak Jaya ni, xcoootii..hmm..esok lg bosan semua cuti, muslim staff kt kampeni aku tak cootiii..ok, esok cap jari, then balik..boleh? Big bos pn tadeee...ape lg bos yg tak berapa nak big kan..

 Can I do nothing for the rest of my life, BUT getting SALARY for doing NOTHING?
Can OR Not??

 

December 23, 2013

#22122013 - Wedding Sana Sini Situ

Selamat Pengantin Baru to Noor Hidayah Khalid & Pasangan..Semoga kalian berbahagia hingga ke Syurga. 


Dayah & Pasangan (tak kenal)..


Angan2 jadi Princess konon..pinjam mak andam punye (belum sempat berkenalan pon dgn mak andam terus amek barang dia..ahaha)..mak andam pon sound "hati2 ye dik, patah nanti"...ok! dah kene sound..tula sape soh xmintak kebenaran..hehe



Rembat atas dulang hantaran kot...entah..pnjam kejap :p



Tumpang sekeeeeeeeejap je Dayah ye!


P/S : Tahniah to Iylia & Nizar. Selamat menempuhi tempoh bertunang. Sorry xdpt dtg, di sini la aktiviti aku..semoga dapat pergi Wedding ko nanti :)

December 21, 2013

Ustad Mu Tunggu Ku Datang :)




Muiz : "Ustad, kenapa kite kene SOLAT?"

Shahrul : "Ustad, kenapa SYAITAN tak nak tunduk pada Nabi Adam, kalau dia tunduk mesti takde orang yang kene rasuk"

Maka, USTAZ AZHAR IDRUS jawab........(sila la tgk video kat atas yek)..

December 17, 2013

Tak Suke..Tak Suke..

Tak suke! Tak suke! Kenapa tak suke bila org nak tolong kenalkan dengan sipolan sipolan? Haih...bila org tanya "dah kawin belum?", dengan selamba jawab "belum"..bila org tanya lagi "dah ade pakwe?"..aku jwb lagi "takde"..bila org tu ckp "ko nak aku kenalkan dengan sipolan?"..dengan muke series ckp "tak nak lah"...eksen na kau Leha! Haha..

Tapi series ar, apesal ntah bila org ckp nk kenal tak dengan A, tak pun, org tu tlg ckp kan dengan si bujang B..Leha tu single lagi..pergh macam nk siku2 je member tu..padahal ko malu kan..hua hua hua..

Ape-ape la labu..tak kuasa nk fikir.

Ade satu kisah..pakcik C aku jumpe mak aku ckp ade org kampung D bekenan kat aku kononnya. Tapi mak aku kasi ayat macam ni.

Situasi : Aku lepas masak untuk makan malam. Tengah aku dok kunyah2 kerepek (tak silap laa)..

Mak : "Aku nak ckp sesuatu dengan Leha" (dengan muke seriusss). Mak aku jarang tanya aku mende mcm ni..sbb dia tau anak dia sorang ni kuat melenting T.T..dlm hati ni mcm dah tauuu je ape mendenya tuu...

Aku :  "Pasal ape? Pasal jodoh la tu..Orang tak, orang tak nak" (terus reject). Tak nak tau pun sape org tu. Dalam hati ni mcm bengang gila la, org pandai2 nk jodoh2 kan aku ni ha.

Mak : Kau jangan la nak melenting. Ape salah kenal dulu.

Aku : "Tak nak dengar..tak nak dengar (sambil tutup dua2 telinga dengan tapak tangan)"...sambil blah masuk bilik...

(Esok paginya mak aku ckp lagi...tapi aku ckp kt mak aku "Mak cakap dgn pakcik C, orang dah de pakwe..habis cerita"...Mak aku tak dapat la nk kate ape...dah memang aku ni degil..

(kisah selanjutnya aku xmoh cter la..sbb dah tak nak tau sape org itu kan..huhu)

Perlu ke di jodohkan ni? Perlu ke orang lain kenalkan..perlu ke..perlu ke?

Kalau tak diperkenalkan...macam mana nak jumpe jodoh? Ala, kot2 ade org suke tapi tak cakap (ko hengat ko bajet retis ke??!!...hahah!)

Penat la pikir...

Harap-harap bertemu la jodoh tu yek Ustad. Ustad mu tunggu ku tgk filem Ustad! hehehe




Mental Age Test

Test ni aku amek, konon-konon nak tengok tahap ke berapa darjah mental aku ni. Umo masih muda remaja, tapi adakah pemikiran macam anak2 muda gitew...hahaha

Ok! Soalan ade 31 je..tapi lebih kepada soalan-soalan santailah..maka keputusannya adalah......

...


...



...



..


Makkkkkkk!!!!!!! Makcik punye mental macam orang tua!!!! Baru 5 tahun duduk kat kampung, tak kan dah jadi macam makcik makcik??? Sobsssss T.T

Cer tgk kat bawah perkataan gedabak besar tu tulis ape.."Most people's mental age is 5 years older"..ha kau...aku lajak lagi 5 tahun ...sepoloh tahun...sedih...patutla jiwa aku macam makcik-makcik..tak suke tgk tv, tak suke keluar sana sini..suke dgr radio sinar.fm....sodihnye...


Penatla bila tahap pemikiran macam makcik-makcik ni..banyak nau pikir...sbb bnyk tanggungjawabkah? Sebab mmg azali kah??? ha...aku rase mmg sejak azali kot..lagi2 pulak duduk kampong kan...hm....

k la geng sape nk try tgk korang punye tahap kematangan @ kebudak-budakkan...try la kt link bawah ni..(malam ni nk tido awl kot2 esok result Mental Age boleh jadi 12 thun pulak kan..hikssss)






December 15, 2013

Azam 2014..My Wishlist..

Azam aku 5 tahun yang lepas (2008) berbunyi begini :

1) Kurang 15 kg
2) Kurang 15 kg
3) Kurang 15 kg

Percaya tak? Ah tipu! Betul aku tipu...! Heheh..Sebenarnye point no 1 tu betul, 2 & 3 tu aku tipu. Sebabnye aku tak ingat ape aku tulis. No 1 tu betul sbb adik aku dok ejek aku, "konon nk kurang 15kg".. Angan-angan tak salah kan..hehe..sekarang ni, lepas 5 tahun 5 kilo kurang pun tak jejak! Oh malas sungguh. Makin meningkat usia, makin malas nk exercise. Org kate, jaga pemakanan saje tak cukup. Kene exercise jgk. Duk perabih duit beli produk kurus, tu memang pasti. Macam2 cube, yang makan, yang duk sapu. Semua tak jalan. Sebenarnya, pokok pangkal nk kurus ni, bukan terletak pada produk pelangsingan, tapi pada tahap DISIPLIN. Kalau harini makan sekali je nasik sehari, esok jangan pulak balas dendam 2 kali sehari..


So Azam tahun 2014 ni, kite kasi ubah sikit...motif tetap sama iaitu mahu menguruskan diri, tapi dari bawah pulak :-

1) I wish I will start reducing RICE consumption. Boleh ganti dengan karbohidrat lain.



2) Less FAST FOOD (I'm a Chocoloate lover, Cheese products (pizza, cheese cake, say it any cheese related products most of it i looooovveeee it, Cakes, etc)..




3) EXERCISE!!! (Mulakan dengan bersenam sikit2 dalam bilik dulu)..huhu


4) Amalkan puasa ISNIN & KHAMIS. Bukan saja dapat pahala puasa sunat, tapi sikit sebanyak dapat kawal sikit nafsu makan. Nafsu makan aku, MASYAALLAH! Pantang kasi makanan free, dalam kepala ni asek..MAKAN..MAKAN..MAKAN.



5) Love my STOMACH! (This year which is still 2013, da banyak kali kene food poisoning..which is very bad..bila kene cnfirm demam..esok pagi baik..tapi agak seksa la..sebab xlarat satu badan).


6) More outgoing. I mean become social in a good way. Kenal@involve dengan ramai orang which is aku sangat lah xminat. Aku lebih selesa duduk rumah. Tapi pahamla, bila duduk rumah ni, igt MAKAN..MAKAN..MAKAN which is really not good either.

Agak-agak penghujung tahun 2014, dapat tercapai tak ye cita-cita nk kurus ni? Boleh berjayakah aku?? I wish I will :)

Next entry wish 2014 untuk hal2 kebendaan pulak. Kebendaan? Ape benda tu??

1st Post

As the 2013 reaching its ends, I open a new chapter of my life in blogging. I mean with a new blog & more new issues to be discussed & shared (erk..discussed? not a forum deh..)

I have a bad experience with my previous blog (not really bad actually). Those who follow my blog, my dearest friends know what i mean. I want to forget it. I blog for fun, not to have "musuh" i mean. I was too negligence at that time. I regret it..So....Welcome 2014..another 16 days to go. I really hope 2014 brings more "Rezeki", more "Success in my life & Career" and maybe there comes my "Jodoh"...InsyaAllah..

 2014 in construction..I hope a better years ahead..InsyaAllah..amin..

Reminder for myself : Think before you write, offend  no people..