November 16, 2014

Eza's Wedding - 15112014

Haaaaaaah! Semputtttt...Rase mcm nak semput bila ingat detik² mencari rumah pegantinkan!

Awat peta lokasi umah pengantin memeningkan?

Ke..aku mmg tak paham @ tak reti bace peta?

Mujur sampai jugakla walaupun tersasar dari waktu yang dibayangkan. Haha. Konon² kluar pkul 11 boleh sampai ofis semula pukul 230. Sekali pukul 415 da sampai ofis. Mujur 'ang kpop' takde opis.

Selamat Pengantin Baru to Eza & Hafiez! Semoga ikatan yang terbina kekal sampai ke syurga, InsyaAllah ;)

Ramai pulakkan kan ex-ofismate eza & hafiez dtg. Alhamdulillah. Walaupun dah tak sama ofis, friend still forever a friend. Next is Jemah's wedding 29112014. Penutup tahun untuk Gugerlz wedding. Hehe.

Semoga berjalan lancar hendaknya, InsyaAllah.

Pasangan mempelai (perghh...ayat mcm dlm surat kabor..hehe)


November 10, 2014

Ayam Masak Kutub

Aku sebenarnya tak tau apa nama masakan ni. Ayam kutub ke? Mak aku cakap tu ayam masak kutub. Aku pun tak pasti tang mana kutubnya? Alahai masakan. Pelik² je nama korang. Nasib baik sedap. Kutub utara ke, kutub selatan ke aku tak kisahla.

Yang menjadikannya nama 'kutub' mungkin sebab serai kot. Xde pulak dalam resepi ni menggunakan bahan bernama 'kutub'. Haha

Resepi :

Ayam (digoreng) - kuantiti ikut suka
Serai* wajib ade. Kalau takde jadi ayam sambal
Halia*
Bawang besar/merah*
Bawang putih*
Garam
Pak aji (kalau xsuka jangan letakla kan..optional
Cili blender/boh
Air asam

Cara² :

1. Blendkan bahan bertanda (*)
2. Tumis bahan² yang telah di blend sampai naik minyak.
3. Tambahkan cili blender/cili boh  & tumis sampai naik minyak
4. Tambah air asam, gula & garam. Pak aji kalau suka. Air asam jangan cair sangat. Pekat2 sikit. Kuah cair xsedap.
5. Last sekali masukkan ayam yang dah digoreng.
6. Siapppppp!!! Serious sedap. Kene balancekan rasa masam dari air asam dengan gula.

Boleh juga tukar ayam dengan hati ayam. Pon sodap.

Cer la try!!!! :)

*kate tengah diet DA awat makan manis??? Sebab hari Ahad. Aku cheat. Haha. Aku tak nakla too strict sbb selera makan terseksa wooo. Bila teringin tp tak dapatkan. Korg bygkan la. Sekali ngappppp, mmg xhengat dunia. So aku pilih untuk slowly buat DA. InsyaAllah boleh turun jugak. Tak caya, buatlah. Korg akan tahu ;) aku start buat DA 31/10/14. Dah turun 2kg. Alhamdulillah, tak banyak tp ttp ade. Go go go!!

November 08, 2014

Thank You for the Campaign..please come again..



Last time aku donate blood pada tahun 2003 (if i'm not mistaken)

1st time donate blood, aku fingsan!

Sebab perut kosong

Makanya lepas darah kene sedut

Fingsan la, sebab tenaga sudah kurang untuk recover blood yang kene sedut tu.

2nd time donate blood tak fingsan

Sebab aku breakfast sampai kenyang.

After 11 years,

Kalau dulu2 pergi berkawan, sekarang sorang2 je

Sebab?? Takde kawan la. Haha

Bukannya serah diri kat hospital

Hospital datang mari.

Hopefully, my blood will be useful to the needed patient, InsyaAllah

To those who are the future blood donators, or anybody who scares that the process will be so much pain.

I can say here, it is not PAIN at all

Dulu2 aku tak ingat ada bius ke tak

But now, nurse bius dulu

So bila, jarum yang maha besar duk cucuk masuk dalam urat darah (aku tak tengok, next time insyaAllah aku nk tgk the process)

Takde rasa pun

Maha besar ke? Tak la, macam saiz mata pen je. Kecik je kan. Hehe

Process pun sekejap je, around 15 minutes.

Make sure lepas darah kene ambil jangan bangun terus, relax2 tengok2 jiran sebelah yang baru nk kene cucuk jarum. To make suke, your body adjusted. Kang bangun tetiba, takut pulak fingsan ke, pening ke kan. Who knows :)

Makan Berjamaah itu SUNNAH


Haaa...tempat makan pun terpaksa ditukar kepada talam. Talam buat kuih talam ke?? No no no no

Dulu pakai dulang kecik (dulang air), pastu mak kucing ni beranak lagi 6 ekor. Sekor mati, tinggal 5.

Yang lain2 ni semua adik beradik kucing kecik tu. Tepi kucing kecik yang pandang kamera (gambar kt bwh ni) tu la MAK kucing2 ni.

Jumlah korang semua 11 hekor termasuk mak kucing. Sape nak?

Sila jaga. Haha


Eh kantoi! Tengah amek gambo korang makan. Kucing-kucing ni semua takde nama dah. Nama asek recycle je, omel lah, orenlah, putih la..bosannnn..

Last2 semua aku dgn adik aku panggil "gedikkkk", "dak dedik (konon2 panggilan manja gedik..haha"

"Gedikkk!! makan..........." Semua lari macam peluru kejor talam kelaparan. Hehe

November 05, 2014

Organic Flaxseed

Demi merialisasikan impian mendapat pinggang  idaman (geliiiiiiiiiiii)..hahaha

Aku try la order Organic Flaxseed ni secara online

Kat mana? Kat organic2u.com.my

Tujuan aku beli Flaxseed ni sebab aku nak berdiet..haha~

Aku follow blog Resepi Atkins Lynn Mohd untuk cari resepi diet Atkins

So ade la beberapa resepi dia yang menggunakan Flaxseed ni

Contohnya dia buat roti, buat piza based, buat roti wrap dan mcm2 la

Ni rupa Organic Flaxseed tu


Sebagai compliment dia bagi free sample organic drink, pamplet, etc (tak try lagi)


Ni ghupe organic drink tu . Kene bancuh dengan air, Since dia macam serat mesti karbo tinggi. SO tengah pikir2 nak minum ke tak. Ke nak let go (let go kau..haha)


Di bagi jugak pamplet kesihatan. Aku dah bace, memang bagus! Ade jugak dia bagi tips untuk kesihatan buah pinggang, mcm mana nak pecahkan batu karang, etc (tapi dah semestinya dia guna product dia kan. Biasa la tu, teknik pemasaran. Huhu)


Harga? Untuk 400gm cuma RM6.80. Cuma postage dia melebihi harga barang RM15.00. Ikut berat kan. Tanjat kita mase nak bayar, Awat RM 28.60. Sekali tgk bebetul, ghupenya postage. Takpe la. Kalau kat Pontian tak tau nak carik kat mana kan. Walaupun 15 hengget sanggup ku bayar.

Okeh, nanti bila aku dah try buat roti ke, pizza ke, wrap ke. Nanti aku post.



Lori Terlampau

Korg nilai sendiri, terlampau ke melampau sangat

Atau pun, biasa je ni. Sebab bagi aku "terlampau" dah ni
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tak jelas????? Ok, tgk zoom pulak ....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hah, korang rase patut ke tak patut???? Mende lain takde ke nk buat ikat?

Mende alah tu jugak yg di buat tali.

Tak paham, tak paham (tutup muka).

Ke dah tak larat sebab banyak sangat kat rumah dia ni?

Pening arrrrrrrrrrrr!

November 03, 2014

Pre-2014 Checklist




Ini post melampau.

 Tahun 2014 tak habis lagi, tapi nak buat pre & post checklist pulak. Ahaks.

Lagi 2 bulan countdown untuk end of year 2014

Rasanya nak cek balikla, misi tahun 2014 ni ade yang tercapai ke tak mcm post Azam 2014

Walaupun masih lagi tahun 2014, rasanya boleh dah ni cek balik checklist haritu dah ade yg mission accomplished tak. Hehe


Here is the checklists (Pre 2014) :

1. Kurang makan nasi (Checked! Rasanya lagi kurang dari tahun lepas. Ahaks!)

2. Less fast food (1/2 Checked! Makan jugak kat Joe Burger (at Pontian je), Pizza, KFC, McD (sebelum betul-betul BOIKOT la)

3. Exercise (1/2 Checked! Pernah pergi gym sekali je. Then mase awal-awal buat DA tu kan. Ade la lompat2, sit up, push up bagai)

4. Amalkan puasa ISNIN & KHAMIS (Not Checked! Ini jarang berlaku. Postpone next year)

5. Love my STOMACH (Checked! Alhamdulillah, this year sekali@ dua je sakit perut @ food poisioning. Mgkin sbb dah kurang makan yang bukan-bukan agaknya)

6. More outgoing. (Not Checked! This is not happening at all. Because that's really not me. I'm more to home person)

So untuk tahun 2015, kene plan ape checklist yang kene accomplished. InsyaAllah, I will try my best!

November 01, 2014

What will my future holds??


Confuse..confuse

Bila habis projek ni, nak ikut bos pergi projek lain ke?

Tapi aku nak stay sampai habis ke?

Nak cari kerja company lain ke? Yg boleh offer lebih baik dari segi kebajikan pekerja?

Atau nak follow je?

Argh..tak tau..tak tau..

Ya Allah, please guide me to make the best decision for myself, InsyaAllah.