Tajuk entry dah macam tajuk drama. Tapi kisah entry ni takde pon mcm drama. Hehe
Al-kisah aku terjumpa satu link dari blog mana tah mase blog walking. Dia promo pasal MyEG nak kasi handphone free. Macam percaya, macam tak percaya. Actually ni sebahagian dari program Skim Komunikasi 1 Malaysia. Aku pun try nasib. Apply tak silap bulan Nov 2013.
Tunggu punya tunggu, bulan Jan 2014 aku dapat kol dari wakil MyEG KL, inform yang permohonan aku berjaya. Mintak copy IC. Aku cross siap2 then email. Happy ke? Tak pon, biasa aje. Sebab bukan dapat iPhone 5 pon. Ninetology je kot.. Tunggu lagi, bulan March 2014 baru dapat call dari MyEG bagitau yang aku dah boleh collect handphone kat pejabat MyEG JB.
Ini lah rupa handphone free Ninetology tu :
 |
| Nampak tak ada nama saya di situ. |
 |
| Handphone ni boleh masuk 2 simkad ye |
Dah keluar kotak mcm ni la rupenye
(mahap depan tak ambik pulak gambarnye, Google la ye) :
 |
| Macam mainan kan? Ade aku kesah, free. Android plak tu |
Pek handphone free ni dtg sekali dengan :
1. Simkad Celcom (dah expired eh bila dpt kt aku)
2. Screen protector (dek kerana jakun tak sabo, dlm keta jgk nk pasang, kene angin aircond, xleh pakai dah)
3. Earphone
4. Charger & USB Cable
Oleh kerana simkad yang diberi free tak boleh pakai, terpaksa la beli nombor baru. Aku saje nak try DiGi. Nombor pun panjang berjela. Tapi kan... Pergh!!! Rupa-rupanya DiGi ade line 3G kat rumah aku. Kalah #maxis teruk. #Celcom pon kalah (walaupon aku selama ni bergantung kat Celcom 3G..internet free).
Memang kenalah tagline DiGi kat rumah aku.
"I will follow you"
Kau memang follow line 3G rumah aku la DiGi. Sape tau rumah lokasi rumah aku, mmg jauh pendalaman la (jangan nk tipu sgtla kan..huhu).
Tapi aku setia dengan internet Celcom (dah kate kat atas..free). Maxis? Ah, pak kal ko nombor lama, kalau tak dah aku tukar. Sebenarnya, cubaan untuk tukar line (no still sama) ke DiGi lulus setengah jalan. Simkad dah dapat, tapi Maxis tak approve sebab nama register kat Maxis centre tak sama dengan register kat DiGi (aku pakai Maxis Youth Club dulu2, so pakai IC anak buah aku). Hambek!
Kesimpulannya, thanks to MyEg sebab approve application aku. Tu je. Huhu.