January 19, 2014

Atkins Diet

Demi merealisasikan impian aku untuk tahun 2014 seperti dalam entry aku bertajuk Azam 2014..My Wishlist aku nekad untuk melakukan Diet Atkins. 

Bermula 1.1.2014 aku start my diet days. Its not easy to start. Kene istiqomah orang kate. Hehe. Bermula date tu, aku stop makan nasi as sumber karbohidrat utama. Bukan nasi je stop, malah makanan yang diperbuat dari tepung, makanan manis seperti buah-buahan, bermacam jenis sos pon tak ambil, yang boleh dimakan hanya PROTIEN. Carbo boleh ambil tapi untuk 20g sahaja untuk 2 minggu pertama yang juga di panggil sebagai INDUCTION WEEK. Pengambilan carbo boleh ditambah sebanyak 5g untuk setiap fasa.

Atkin's Food Pyramid

Aku tak rajin nak explain banyak-banyak, sesiapa yang berminat untuk mencuba/nak study jenis diet apa ni boleh cek link ni :


Boleh jugak join Kelab Diet Atkins [Malaysia] kat Facebook sebagai sumber inspirasi :


More than 2 weeks dah, macam-macam lauk dah cube (banyak la sgt kan :P)..tiap-tiap hari bekal lauk pergi kerja. Masuk kerja pun lambat, sebab masak untuk lunch (alasan..) huhu..

My first target is to achieve 65kg. Which is my last weight masa masuk Uni dulu. Tapi mungkin akan terus berusaha untuk mencapai 60 kg. InsyaAllah.

Salu jugak aku cheat diet ni. Cheat tu ape? Cheat tu selalunya hari kita tak buat diet la. Maksudnya korang makan nasi, mee, etc. 

Last week, kawan ajak makan steamboat. Dalam hati nak tolak je, sebab pikir diet, tapi member tu buat muka kesian..aku kalah. Hehehe. Then this week, abg aku balik kampung dia ajak dinner kt luar. Ok musnah lagi diet aku. Next week pulak ade Dinner Company. Confirm musnah diet. Takpe la, masih jauh perjalanan. Weekdays still boleh buat DA ni. Alhamdulillah, walaupun cheat almost every week, still ade weight loss. Ini yang seronok. Bangun tidur, mesti cek berat. Turun ke tidak. Selalunya turun kalau tak cheat. Cnfirm dlm 500g ~1.3 kg. Ok la tu. Please keep losing it!!! :) Dengan mengamalkan diet ni, aku sedar  yang selama ni aku makan tanpa fikir kesan pada badan dan perut especially. Makan main bedal je. Semua sumbat. Bila sakit perut, insaf. Tapi sekejap je la. Beli ubat untuk kuruskan badan bermacam-macam. Ubat sapu bermacam-macam. Tapi still tak ubah cara makan, memang tak berganjak la berat. 

Jom kawan-kawan kita ubah cara pemakanan yang lebih sihat. Kalau saya boleh, anda juga boleh!

Nanti dah capai berat idaman, boleh la makan semula our favourite food tu. Time tu dah tentu tak nak kembali ke berat sekarangkan?

0 comments: