1/12/14 aku diuji
Aku duk sondol kereta orang di Ayer Keroh, Melaka
Dalam perjalanan balik dari hantar anak sedara masuk kolej kat KUIM
Allah...duk leka dalam jam, tak sedar tertekan minyak
DUMMM! Aku tengok depan aku dah langgar kereta org
Mujur takde kecederaan kat sesapa
Cuma kereta aku je lah yang herot berot bumpernye
Syukur Alhamdulillah, tak cedera
Lepas pakat-pakat dengan mangsa (mangsa la kan...hehe)..aku cuma perlu bayar kos baik pulih kereta dia je
Dia orang Temerloh, aku pulak dari Johor masing-masing nak balik haluan memasing.
Masing-masing tak tau berapa kos baik repair keta ni
"Takpo lah pakcik, pakcik balik hantar kereta p bengkel, nanti Whatsapp saya gambar bil saya bank in", aku decide mcm tu
"Ha macam tu saya setuju", kata pakcik tu
Lepas tu aku salam isteri pakcik tu, aku mintak maap, tak sengaja. Dia peluk aku. Waaah, baiknye makcik, walaupun mula-mula makcik macam nak marah saya (dlm hari je la).
Macam tau-tau je kan awal bulan, huaaaaaa
Dah salah sendirikan, leka lagi. T.T
Nak jadikan cerita, bulan 12 ni memang banyak la kos itu ini kene bayar, kene bayar bil keta orang lagi, eh macam2 la..
Aku cuma bersyukur Allah masih sayang aku, disebalik banyak dosa dan salah silap yang aku lakukan
Kami 5 beranak tidak cedera walaupun kereta berot
Kami tersesat nak carik jalan keluar dari Ayer Keroh
Aku memang fail bab jalan tak familiar ni
Bukan tak nak ikot GPS, tapi bateri henpon 0%. Power bank pon dah xde power. Charger dlm keta rosak. Haa..dugaan tak? Huhu. Memang tawakkal je la. Dekat pukul 745 mlm baru jumpe Exit Ayer Keroh. Dari pukul 630 ptg mcm tulah.
Sesungguhnya ada HIKMAH disebalik kejadian ni
Kenapa aku cakap ade hikmah disebalik kejadian ni?
Mula-mula macam tak perasan sangat
Tapi....
1) Ade orang belanja lunch 3 kali (ada sekali aku nk bayar lunch (sblm makan la), mkcik ni tgk duit aku besar sgt, dia ckp awak makan dulu, aku ckp dgn mkcik tu, takpe sama je makcik, dia ckp xpe mkn dulu. Rupa2nya ada org bayarkan kami semeja)
2) Orang belanja breakfast 2 kali, Alhamdulillah
3) 2 kali kene tahan dengan polis sebab takde no plat kereta. Aku bagitau "Encik! saya baru lepas langgar keta orang". Polis tu cuma cakap "nanti pasang, kalau tak pasang itu satu kesalahan". Ye Encik saya pun tahu. Huhu.
Disebalik yang berlaku ade hikmahnya
Walaupun dalam bank rase mcam tinggal beberapa keping daun je
Tapi Allah tak bagi aku rasa tersepit atau susah
Allahuakbar, terima kasih ya Allah
Aku yakin, setiap perkara yang kita lakukan dengan niat IKHLAS kerana Allah
Walaupun kita susah mase kita tolong orang, aku yakin Allah akan lapangkan kesusahan kita
Ni aku dah rasa, lapangkan dada kita masa kita tolong orang, In shaa Allah ade orang yang akan lapangkan kita masa kita kesusahan, In shaa Allah
Pertolongan Allah itu pasti :)
P/S : Sampai sekarang kerata aku tu tak hantar bengkel pun lagi. Sebab tak amek cuti. Takpe motor ade, wekang p keja. Huhu. Mujur tempat kerja dekat :p



0 comments:
Post a Comment