![]() |
| Bye Bye 2013. You'll be missed! |
Macam biasa bila dah hujung tahun mesti tercari-cari kalendar untuk tahun depan. Tak terkecuali la aku kan. Misi mengepow kalendar selalunya aku mintak dari adik aku. Dia keje kat kilang K. Haha, bajet tak nak sebut. Adik aku cakap, "Yelah nanti aku bawak balik".
Suatu hari salah seorang Supervisor kat department aku bawak balik sebeban (mcm bnyk sgt je) kalendar dari sebuah batching plant. Wahh...ini sudah bagus.
"En.Zul saya nak satu. Saya takde kalendar lagi", ayat aku mengepow. Haha. Giler straight. Aku tak pandai mengampu ni. Aku kan pekerja berhemah. Ewah..haha..
Esoknya dapat jugak. Bagusnye la batching plant ni. Tiap-tiap tahun bagi. Tapi tahun lepas dia bagi pada Manager je la. Tapi tahun ni ade extra 3 lebih. Dapat la aku lepas mengayat dengan En.Zul. Hehe.
Kampeni aku memang bagi. Itu pun Company Diary je. Kalender takde. Kedek sungguh. Bagi pada staff HQ je pulak tu. Nampak tak 'bias' di situ. Tapi aku dah tak heran. Dah dekat 2 tahun aku keje kampeni tu. Polisi kampeni itu ini bla bla bla, malas nk citer lah. Borang tak puas hati dah isi. Tak semua yang di tunaikan tapi syukurlah sebab ade sikit perubahan berbanding mula-mula aku masuk keje dulu. Kalau tiba masa aku dapat kerja lain, aku pergi jua. Menyambung legasi kelab Ex-Mudajaya iaitu Chicky & Lyn. Buat apa nak complaint lelebih, tak puas hati blah jela kan. Banyak complaint, orang dengar pun bingit.
Harini 31st December 2013 iaitu terakhir dalam tahun 2013. Biasa New Year ni Public Holiday kan? Tapi sekali lagi Yahooooo! (nyampah), kampeni aku cam biasa, KERJA. Ngelat kan. Tapi takpe. Bila di imbas kembali apa yang aku dapat tahun 2013. Tak banyak perubahan dalam erti kata lain TIADA PERUBAHAN. PAKWE tak dapat (sebab tak cari), KERJA baru tak dapat (sebab tak cari), KURUS pun tak dapat (sebab tak berusaha). Hmm, kene tanam azam baru iaitu kene kuat berusaha. InsyaAllah.
Memang selalu positif je aku ni, tapi semua ke laut.

0 comments:
Post a Comment